
Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, Buletin Maya AIMM ini dapat dibangunkan. Ini merupakan daya usaha bersama warga kerja AIMM bagi tujuan hebahan berkaitan aktiviti yang dijalankan oleh pihak AIMM dari semasa ke semasa. Diharapkan dengan ini berita-berita AIMM akan dapat disampaikan dengan lebih tepat dan cekap.
AIMM sekarang berusaha memantapkan lagi pengurusan kami dari segi pengurusan yang lebih cekap. Pelbagai program kerja dirancang dengan rapi agar tiada ruang-ruang kelemahan di dalam pengurusan latihan yang dikendalikan. AIMM berharap tuan puan dapat memahami dengan lebih jelas fungsi AIMM.
Sekian.
Nor Hamran bin Hussein
Pengarah AIMM